Monday, September 14, 2009

MESYUARAT DI CONCORDE INN KLIA


GEALAGAT GPB

Satu mesyuarat GPBNSDE bersama KUTV NSDE telah diadakan dari 14 September hingga 15 september 2009. Mesyuarat pada 14 September telah dibahagikan kepada 4 sesi yang dikendalikan dengan majlis ilmu yang bermanfaat.

Sesi 1 - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Taklimat dan Perbentangan Smart Monitoring oleh En. Zahri b. Haji Ramlan
S - Spread The News
M- Monitor Always
A - All Must Be Involve
R - Review
T - Travel to All School
Beliau juga telah menerangkan hala tuju sekolah bestari negeri Selangor dan pencapaian cemerlang yang perlu dikekalkan agar menghasilkan impak 5 star rating untuk semua sekolah bestari negeri selangor.

Sesi 2 - 11.15 pagi sehingga 12.30 tgh.
Mesyuarat berasingan KUTV dan GPBNSDE dengan agenda masing-masing. Mesyurat GPB telah dipengerusikan oleh Tn. Syed dengan memutuskan beberapa perkara yang perlu diselaraskan.
a. Montaj Sekolah
  • Duration persembahan maksima 7 minit.
  • Nama Sekolah.
  • Visi & Misi sekolah.
  • Pengurusan sekolah- pentadbir Pengetua, GPK,KB, dan GPB
  • Lokasi
  • Kemudahan infrastruktu
  • Kejayaan sekolah
b. Blog Persendirian GPB
  • Heading – GPB+ Nama Sekolah …. Dan nama GPB. Layout backgroung atas kreativiti sendiri
  • Jam
  • Calender- optional
  • Blog GPB mesti link ke GPB lain dan GPBNSDE – win-win situation/ ke email optional.
  • Ruang Comment aktifkan.
  • Kandungan terserah kepada GPB – aktiviti GPB sahaja ( sekolah dan luar sekolah)
  • Sediakan sumber bahan P&P untuk 'link' ke dalam blog.
SESI 3 - 2.30 petang - 5.30 petang
Dalam sesi ini GPBNSDE telah ditugaskan untuk mengendalikan bengkel pembinaan blog kepada pegawai-pegawai JPNS dan KUTV pada tahap basic dan advance. Bengkel ini telah dimulakan oleh En.Zahri dengan menjelaskan penggunaan blog dan fungsinya. Bengkel telah dilaksanakan dengan jayanya yang mana GPB telah bersama-sama mengambil peluang mengajar setiap peserta dengan menjadi penceramah dan fasilitator. Stiap peserta di beri panduan membina blog yang telah disediakan oleh E.Zahri dan Tn. Syed.

SESI 4- 6.30 petang - 7.10 petang
Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Kandungan ceramah amat bermakna dalam membantu meningkatkan iman dan mengumpul pahala sepanjang ramadhan.
Penceramah mengajak semua peserta membuat amal ibadat dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan syirik yang boleh menidakkan seseorang memasuki syurga buat selamanya.

SESI 5 - 7.13 malam - 9.30 malam
Majlis Berbuka Puasa dan sembahyang berjamaah solat maghrib, solat Isyak dan solat tarawih. Syukur ibadah ini dapat disempurnakan dan makanan berbuka juga sedap dan amat membuka selera.

15 September 2009

SESI 1 - 2.00 am hingga 4.00 am

BERSAHUR- Semua peserta memulakan hari ini dengan aktiviti bersahur seawal jam 2 pagi dan tamat pada jam 4 pagi. Kalau di rumah, 4 pagi tu baru nak bangun masak...... Pandai-pandai la simpan energy sampai berbuka nanti.

SESI 2- 9.00 - 11.30 am

Mesyuarat yang dibagai kepada dua kumpulan iaitu KUTV dan GPBNSDE.







No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template