Saturday, July 10, 2010

BERITA PEMBESTARIAN DI TUTOR UTUSAN

Pengetua, guru besar ikuti K3PS



ALIMUDDIN Mohd. Dom (lima dari kiri) mendengar pandangan salah seorang guru pada Majlis Penghargaan Sekolah Bestari Luar Bandar di Putrajaya baru-baru ini.





SERAMAI 35 pengetua dan guru besar sekolah luar bandar mengikuti kursus pengurusan perubahan pembestarian sekolah (K3PS) sebagai syarat pentauliah sekolah bestari.
Program anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia.
Sepanjang Program empat hari, pengetua dan guru besar didedahkan dengan aspek pengurusan dan pentadbiran abad ke-21, isu dan cabaran sekolah bestari, pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah bestari serta amalan terbaik berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS).
Mereka turut dibawa melawat ke sekolah showcase sekolah bestari luar bandar iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah di Kuala Kubu Baru, Selangor.
Ketua Jabatan Sekolah Bestari MDeC, Dr Norrizan Razali berkata, pengetua dan guru besar perlu faham aspek pengurusan dan pentadbiran abad ke-21.


TIMBALAN Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (kiri) berbincang hala tuju program pembestarian sekolah luar bandar dengan Dr Norrizan Razali di Cyberjaya baru-baru ini.





Dalam sesi taklimatnya selama setengah jam, beliau menambah, SSQS telah memasuki fasa keempat dan sudah tiba masanya untuk menguar-uarkan program pembestarian sekolah kepada masyarakat.
Manakala Pengetua dan guru besar yang ditemui selepas berkursus di Hotel Marriot Putrajaya baru-baru ini menyatakan rasa puas hati dengan pengisian dan perjalanan program.
Sementara itu pada majlis penutup, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, Program Pembestarian Sekolah Luar Bandar adalah program yang mengguna pakai model perlaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk perlaksanaan sekolah luar bandar.
Menurut beliau, Kementerian Pelajaran memutuskan supaya MDeC mempercepatkan proses pembestarian sekolah dengan memberi tumpuan kepada 50 sekolah luar bandar secara berperingkat bermula dengan 15 sekolah pada 2009 (Fasa Pertama) dan 35 buah sekolah pada tahun ini (Fasa Kedua).
Jelasnya, sekolah luar bandar yang dipilih adalah dari kategori sekolah menengah harian, sekolah teknik vokasional, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah felda dan sekolah orang asli/penan.
``Bagi memastikan perlaksanaan yang berkesan, sekolah yang dipilih perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas ICT seperti makmal komputer, Pusat Akses Sekolah, mendapat kemudahan Schoolnet serta mencapai sekurang-kurangnya tahap penarafan tiga bitang berdasarkan SSQS,'' katanya.
Jelasnya, 35 dari 50 buah sekolah yang terpilih untuk tahun ini adalah sekolah-sekolah luar bandar yang akan dinaik taraf kepada sekolah bestari luar bandar penanda aras sepertimana yang telah dilaksanakan kepada 15 buah sekolah dalam Fasa Pertama pada 2009.
``Para guru akan didedahkan dengan amalan terbaik dalam pengintegrasian ICT dalam P&P melalui bimbingan dan pemantauan berkala ke sekolah oleh pegawai penyelaras bestari di Jabatan Pelajaran Negeri serta mengadakan elemen inovasi dalam proses penyampaian pengajaran dengan memperkenalkan alat-alat bantu mengajar yang inovatif untuk P&P,'' ujar beliau.
Selain itu, sekolah-sekolah ini juga akan didedahkan dengan program Briged Bestari iaitu para pelajar akan membantu sekolah sebagai ejen perubahan meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar serta guru.
Beliau memberitahu, pencapaian sekolah dalam membudayakan ICT akan diukur dan dinaik taraf dengan menggunakan SSQS bagi mengetahui keduduakn sekolah sama ada berada di tahap tiga, empat atau lima bintang pada Ogos tahun ini.
``Melalui penarafan SSQS, pihak KPM dan sekolah akan dapat mengenal pasti di mana kelemahan yang perlu diambil tindakan segera.
``Melaluinya juga, amalan terbaik dalam P&P serta aspek pengurusan dan pentadbiran akan meningkatkan kualiti dan keupayaan guru-guru ataupun pentadbir sekolah seterusnya akan dapat dikongsi dengan guru serta pentadbir sekolah-sekolah berhampiran,'' jelasnya.
Alimuddin berkata, pembestarian sekolah akan berlaku dengan lebih cepat dan lebih kos efektif dengan perlaksanaan strategi berkenaan dan melalui pelbagai program yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah ini juga diharap akan terpilih menjadi salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada masa akan datang.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN MALAYSIA


Proses Transformasi Pendidikan 

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan melalui akhbar bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia  yang lalu , sedang dalam proses malaksanakan transformasi pendidikan bagi pentaksiran untuk mengurangkan masalah sekolah terlalu tertumpu kepada peperiksaan. Pihak KPM juga dalam tindakan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan dirintiskan di Kelas Prasekolah dan Tahun 1 pada bulan Mac hingga Jun 2009 di 500 buah sekolah.
Kurikulum Berasaskan Standard akan memberi penekanan kepada penguasaan literasi 4M, Kemahiran Asas ICT, Perkembangan Fizikal, Kognitif, Sikap dan Nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.
Bagi pentaksiran, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah di mana pihak sekolah perlu merancang, membina, mentadbir, memeriksa dan menyediakan laporan mengenai pentaksiran dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran Psikometrik dan aktiviti Jasmani dan Kokurikulum akan diperkenalkan juga. Lembaga Peperiksaan Malaysia masih mengendalikan sebahagian dari peperiksaan secara pusat bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU, STAM dan SVM.
Persolannya, adakah semua guru telah dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya dalam mentadbir Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Di negara-negara barat seperti UK kaedah ini telah lama digunapakai yang mana PBS adalah menjadi kayu ukur utama dalam menilai pencapaian dan kemajuan murid.  Perubahan yang baik tidak akan menampakkan kebaikannya jika pelaksanaannya porak peranda. Banyak perkara di Malaysia yang dirancang dengan begitu teliti dan murni tetapi banyak juga yang 'lemau' akibat pelaksanaan seperti melepaskan batuk di tangga. Dalam soal ini, guru-guru sebagai pelaksana transformasi perlulah lebih terbuka dan beriltizam dalam menerima perubahan ini agar pelaksanaannya menjadi contoh yang terbaik. 

Wednesday, March 17, 2010

TAHNIAH dan TERIMA KASIH

Para Pemenang Bergambar Kenangan Bersama Tan Sri Alimuddin B. Mohd. Dom


Putrajaya- 12 Februari 2010 bertempat di Hotel Marriot, satu majlis anugerah Progam Sekolah Bestari Luar Bandar bagi tahun 2009 telah diadakan anjuran MDeC dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam majlis tersebut SMK Ampang Pecah telah dianugerahkan Sekolah Terbaik Penggunaan ICT dalam dan Sekolah Terbaik 2009 bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar. JPN Selangor menerima anugerah JPN terbaik dalam kategori Pengurusan Terbaik Program Sekolah Bestari Luar Bandar. Tidak ketinggalan, SJK(T) Vageesar juga menerima anugerah bagi kategori Pencapaian Akademik Terbaik. Tahniah diucapkan. Setiap pemenang menerima sebuah piala dan sijil pengiktirafan bagi setiap kategori yang disampaikan oleh Tan Sri Alimuddin b. Mohd. Dom. Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan GPBNSDE dan KUTV negeri selangor yang banyak membantu dan memberi dorongan yang baik sehingga sekolah Program Pembestarian Luar Bandar di Negeri Selangor mencapai kejayaan ini. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama dan satu pengiktirafan kepada GPBNSDE, KUTV dan JPN Selangor di bawah pimpinan En. Zahri Hj. Ramlan dan Pn. Zuraida bt. Zulkifli dari unit ICT dan Perkomputeran yang kreatif dalam pengurusannya.

Monday, February 15, 2010

PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH LUAR BANDAR FASA 2


Program pembestarian sekolah luar bandar telah diperluaskan kepada 35 buah sekolah lagi dalam fasa 2. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 50 buah sekolah. Pada 9 hingga 12 Februari 2010 yang lalu, pengetua sekolah saya telah dijemput menghadiri Majlis Pembentangan Laporan dan Penghargaan Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot, Putrajaya. Salah satu program mereka ialah melawat SMK Ampang Pecah sambil meninjau infrastruktur ICT yang disediakan. Bukan setakat lawatan ke bilik-bilik penggunaan ICT dalam P&P, pihak sekolah juga diminta memberi taklimat inisiatif sekolah mencapai 5 star rating kepada semua tetamu. Buletin lanjut bolehlah melayari blog sekolah yang dipautkan di dalam blog ini. Berikut adalah senarai 35 buah sekolah yang dicadangkan untuk mengikuti Program Pembestarian fasa 2.

1. SK Chenein - Sungai Siput (U) , Perak
2. SK Dato' Sagor - Kg. Gajah, Perak
3. SJK (C) Sg. Batu - Pantai Remis, Perak
4. SK Taman Pantai Sepang Utara - Sungai Pelek, Selangor
5. SJK(C) Peng Ming - Telok Panglima Garang, Selangor
6. SJK(T) Jalan Tepi Sungai - Klang, Selangor
7. SK Muadzam Shah - Muadzam Shah, Pahang
8. SK Pekan Jaya - Pekan, Pahang
9. SK (LKTP)Tembangau 1- Kemayan, Pahang
10. SK Hamzah (1) - Machang, Kelantan
11. SMK Kubang Bemban - Pasir Mas, Kelantan
12. SMK Mahmud Mahyidin - Wakaf Bharu, Kelantan
13. SK Seri Separap - Batu Pahat, Johor
14. SK Seri Pantai - Mersing, Johor
15. SMK (LKTP) Pemanis - Segamat, Johor
16. SMK Telok Kerang - Pontian, Johor
17. SK Jitra - Jitra, Kedah
18. SMK Sungai Layar - Sungai Petani, Kedah
19. SMK Agama Sik - Sik, Kedah
20. SK Serkam Darat - Merlimau, Melaka
21. SMK Tunku Besar Burhanuddin - Seri Menanti, Negeri Sembilan
22. SMKA Al-Irshad - Kepala Batas, Pulau Pinang
23. SK Beseri - Kangar, Perlis
24. SK Pagar Besi - Kuala Terengganu, Terengganu
25. SK Sungai Tong - Permaisuri, Terengganu
26. SMK Bukit Payong - Jerteh, Terengganu
27. SK Bukit Kallam - WP Labuan, Labuan
28. SR Pendidikan Khas Kota Kinabalu - Tuaran, Sabah
29. SK Pekan Menumbok - Menumbok, Sabah
30. SMK Tagasan - Semporna, Sabah
31. SMK Tandek - Kota Marudu, Sabah
32. SK Sibu Jaya - Sibu, Sarawak
33. SK Kelawit - Tatau, Sarawak
34. SJK Kwang Chien - Sarikei, Sarawak
35. SMK Datuk Patinggi Kedit - Betong, Sarawak

Petikan Video dari Eduwebtv
video

Rakaman video penuh sila layari www.eduwebtv.com di bahagian berita 12 Februari 2010 atau klik gambar di bawah untuk hiperangkai.


Ralat:
Nama saya yang dinyatakan dan dipaparkan dalam video ini sepatutnya SAEMAH MAT SAHIR bukannya SAEMAH MAT TAHIR. Harap maklum. Terima kasih.

Tuesday, December 8, 2009

More smart schools by 2011

By JO TIMBUONG


CYBERJAYA: The Multimedia Development Corp (MDeC) is helping the Education Ministry to upgrade 50 rural and underserved schools into smart schools.

MDeC, which is custodian of the MSC Malaysia initiative, said upgrading work will be done in three phases beginning with 15 schools this year, 15 more next year and 20 in 2011. Its senior manager of smart schools, Dr Norrizan Razali, said the 50 schools located nationwide will be modelled after the country’s pioneer 88 smart schools.

MDeC will use a different approach to upgrade the rural schools to smart schools, Norrizan said.

“It will be a whole different challenge upgrading these 50 schools,” Norrizan told In.Tech in an interview recently. Unlike the first batch of smart schools, most of the rural schools are not high performing schools but she believes that ICT (information and communications technology) can help broaden the minds and improve the grades of students there.

“These schools don’t have the same kind of access to information like the first batch,” Norrizan said.

The task in the rural schools is to uplift the human capital in those schools and conduct leadership programmes to help teachers provide the benefits of ICT to their students.

“The main challenge here is in change management so we plan to sit down with the teachers and principals of the schools to enlighten them on smart schools, as well as how these will help improve the teaching and learning process,” said Norrizan.

She said MDeC and the Education Ministry will also take an inventory of the components that will need to be installed in the would-be smart schools.

MDeC and the ministry will also help the teaching faculty in each of the rural schools to optimise the ICT facilities given to them and will ensure that proper technical support is in place. “By the end of this project, MDeC also hopes to have a model to transform more rural schools into smart schools,” Norrizan said.

The upgrading of these schools, she said, gives MDeC a chance to get a hands-on approach to developing smart schools in Malaysia. Norrizan said that since the first 88 schools were transformed into smart schools between 2006 and 2008, there are now about 1,737 new smart schools in the country. “Most of them are not ranked as five-star smart schools because to get to that level, a school must use the IT facilities provided to innovate their teaching methods and I’m not talking about (just having) Powerpoint presentations,” she said.

She said the Education Ministry will help the lower-ranked smart schools improve on their IT usage so that they will eventually become five-star smart schools.

MDeC and the ministry continue to supervise the first 88 smart schools so that they can further improve themselves, Norizzan said.

Smart schools is one of the main thrusts of the Ninth Malaysia Plan, which was announced in 2005.

According to the plan, the Government is promoting the utilisation of ICT in schools to enhance the quality of education in the country.

Thursday, November 5, 2009

Tuesday, November 3, 2009

Sekolah Berprestasi Tinggi

Kini Malaysia telah melangkah setapak lagi dalam transformasi pendidikan negara kita. 'SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI' (SBT). Mungkin ramai yang berfikiran biasanya terms ini hanya dikenali dalam kalangan ahli sukan iaitu 'high performance sport' atau sukan berprestasi tinggi yang menjengah perjuangan atlit dalam mengharumkan nama negara di persada dunia melalui pertandingan-pertandingan berprestij mengikut sukan pilihan masing-masing. Bagaimana pula dengan sekolah yang berprestasi tinggi ini? Pengetua sekolah saya telah dipanggil menghadiri mesyuarat profil SBT ini dan KPI nya juga telah dibentuk bagi tujuan tersebut.Berikut merupakan penerangan ringkas berkaitan SBT.

High Performance Schools

What are high performance schools?

High performance schools join together the very best of today's design strategies and building technologies, as well as:

  • Provide a healthy and comfortable indoor environment.
  • Conserve energy, resources, and water.
  • Function as a teaching tool.
  • Serve as a community resource for neighborhood meetings and functions.
  • Ensure easy maintenance and operation.
  • Create a safe and a secure educational atmosphere.

Also, high performance schools are cost-effective and help to protect the environment.

K-12 Schools

In 2003, the California Department of Education estimated 35,000 new classrooms or 7,000 classrooms per year (19 per day) are needed to accommodate the projected number of unhoused K-12 students in the state. Over the next five years, $5.2 billion per year in school funding will be needed to design and construct nearly 300 schools annually in California. As school expenses rise, it becomes even more important to find new ways to minimize cost. High performance schools are an innovative and cost-effective alternative in controlling operation and maintenance expenses.

Another challenge facing California's schools is the demand for improved student performance. High performance schools create a better learning environment for children. Recent studies show a direct link between high performance design features and increased test scores. To provide an optimum learning environment, it is necessary to include high performance design concepts in the construction and modernization of California's schools.

Collaborative for High Performance Schools (CHPS)

Organized in 2000, the Collaborative for High Performance Schools is a collaborative of government agencies, utilities, and nonprofits that are working to improve the quality of California's schools. CHPS is developing standards for the design and construction of high performance schools. As a part of the collaborative's activities, CHPS stakeholders provide funding to assist in the implementation of high performance features.

CHPS offers a Best Practices Manual to assist architects, engineers, and school administrators in designing and building schools that offer an enhanced learning environment for children. CHPS Volume III, Criteria, provides a checklist for schools to self-certify that they have achieved "high performance" status. For information on school district's that are using the CHPS guidelines, visit the CHPS website.

     
    Dear Diary Blogger Template