"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
Ayat yang sentiasa terakam dalam memori saya apabila melaksanakan amanah yang diberi. Saya menggalas bebanan sebagai Guru Penyelaras Bestari di SMK Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu. Mungkin ramai yang bertanya mengapa nama sekolah ini Ampang Pecah atau ada juga yang akan tertawa sinis mendengarnya. Nama sekolah ini bukan persoalannya tetapi memacu kegemilangan di sekolah ini adalah yang lebih utama. Tugas sebagai GPB di sekolah yang baru melalui proses pembestarian perlu banyak pengorbanan. Cabaran dilalui perlulah dihadapi dengan sabar dan sentiasa bertawakkal kepada Allah setelah usaha bersungguh-sungguh dilaksanakan. Namun begitu cabaran yang hadir akan silih berganti kerana jalan menuju kejayaan tidak mudah dan ia bukan datang bergolek kepada kita. Insyallah, dengan kedrat dan pertologan semua pihak saya pasti kejayaan tidak mustahil dicapai apatah lagi, saya berada dalam kalangan rakan-rakan GPB yang komited dan sentiasa membimbing saya yang masih tak sampai setahun jagung ini. Semoga saya dapat melaksanakan tugas ini dengan cemerlang dan konsisten, di samping berjaya menghabiskan pengajian saya di peringkat master dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment