Monday, February 15, 2010

PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH LUAR BANDAR FASA 2


Program pembestarian sekolah luar bandar telah diperluaskan kepada 35 buah sekolah lagi dalam fasa 2. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 50 buah sekolah. Pada 9 hingga 12 Februari 2010 yang lalu, pengetua sekolah saya telah dijemput menghadiri Majlis Pembentangan Laporan dan Penghargaan Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot, Putrajaya. Salah satu program mereka ialah melawat SMK Ampang Pecah sambil meninjau infrastruktur ICT yang disediakan. Bukan setakat lawatan ke bilik-bilik penggunaan ICT dalam P&P, pihak sekolah juga diminta memberi taklimat inisiatif sekolah mencapai 5 star rating kepada semua tetamu. Buletin lanjut bolehlah melayari blog sekolah yang dipautkan di dalam blog ini. Berikut adalah senarai 35 buah sekolah yang dicadangkan untuk mengikuti Program Pembestarian fasa 2.

1. SK Chenein - Sungai Siput (U) , Perak
2. SK Dato' Sagor - Kg. Gajah, Perak
3. SJK (C) Sg. Batu - Pantai Remis, Perak
4. SK Taman Pantai Sepang Utara - Sungai Pelek, Selangor
5. SJK(C) Peng Ming - Telok Panglima Garang, Selangor
6. SJK(T) Jalan Tepi Sungai - Klang, Selangor
7. SK Muadzam Shah - Muadzam Shah, Pahang
8. SK Pekan Jaya - Pekan, Pahang
9. SK (LKTP)Tembangau 1- Kemayan, Pahang
10. SK Hamzah (1) - Machang, Kelantan
11. SMK Kubang Bemban - Pasir Mas, Kelantan
12. SMK Mahmud Mahyidin - Wakaf Bharu, Kelantan
13. SK Seri Separap - Batu Pahat, Johor
14. SK Seri Pantai - Mersing, Johor
15. SMK (LKTP) Pemanis - Segamat, Johor
16. SMK Telok Kerang - Pontian, Johor
17. SK Jitra - Jitra, Kedah
18. SMK Sungai Layar - Sungai Petani, Kedah
19. SMK Agama Sik - Sik, Kedah
20. SK Serkam Darat - Merlimau, Melaka
21. SMK Tunku Besar Burhanuddin - Seri Menanti, Negeri Sembilan
22. SMKA Al-Irshad - Kepala Batas, Pulau Pinang
23. SK Beseri - Kangar, Perlis
24. SK Pagar Besi - Kuala Terengganu, Terengganu
25. SK Sungai Tong - Permaisuri, Terengganu
26. SMK Bukit Payong - Jerteh, Terengganu
27. SK Bukit Kallam - WP Labuan, Labuan
28. SR Pendidikan Khas Kota Kinabalu - Tuaran, Sabah
29. SK Pekan Menumbok - Menumbok, Sabah
30. SMK Tagasan - Semporna, Sabah
31. SMK Tandek - Kota Marudu, Sabah
32. SK Sibu Jaya - Sibu, Sarawak
33. SK Kelawit - Tatau, Sarawak
34. SJK Kwang Chien - Sarikei, Sarawak
35. SMK Datuk Patinggi Kedit - Betong, Sarawak

Petikan Video dari Eduwebtv

Rakaman video penuh sila layari www.eduwebtv.com di bahagian berita 12 Februari 2010 atau klik gambar di bawah untuk hiperangkai.


Ralat:
Nama saya yang dinyatakan dan dipaparkan dalam video ini sepatutnya SAEMAH MAT SAHIR bukannya SAEMAH MAT TAHIR. Harap maklum. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template